KOPI DAN KELEBIHANNYA.
Syeikh Nawawi al-Bantani, mengatakan:
عليك بشرب القهوة فإنها تمنع النعاس وتورث الذكاء
“Minumlah kopi, olehnya akan tercegah rasa mengantuk, dan dapat mencerdaskan fikiran”
Syeikh Ihsan berpendapat :
عليك بأكل البُنِّ فى كلّ ساعة # ففى البنِّ للأكل خمس فوائد نشاط و تهضيم و تخليل بلغَم # تطَيُّب اَنْفاس و عون لقاصد
“Bagimu hendaklah santai dgn kopi secara rutin, kerana pada kopi terdapat lima manfaat, yakni ; rajin dalam aktifiti, melancarkan pencernaan, menghilangkan kahak, melancarkan pernafasan, dan membantu mewujudkan fokus dalam sesuatu”.
Dalam Tarikh Ibnu Toyyib dikatakan:
يا قهوة تذهب هم الفتى # انت لحاوى العلم نعم المراد
شراب اهل الله فيه الشفا # لطالب الحكمة بين العباد
حرمها الله على جاهل # يقول بحرمتها بالعناد
“Kopi adalah penghilang kesusahan pemuda, senikmat-nikmatnya keinginan bagi engkau yang sedang mencari ilmu.
Kopi adalah minuman orang yang dekat kepada Allah didalamnya ada kesembuhan bagi pencari hikmah diantara manusia.
komentar Al Imam Ibnu Hajar Al Haitami ;
ثم اعلم ايها القلب المكروب أن هذه القهوه قد جعلها اهل الصفاء مجلبة للأسرار مذهبة للأكدار وقد اختلف في حلها اولا وحاصل ما رجحه ابن حجر في شرح العباب بعد ان ذكر أنها حدثت في اول قرن العاشر . ان للوسائل حكم المقاصد ،فمهما طبخت للخير كانت منه وبالعكس فافهم الأصل
“Lalu ketahuilah wahai hati yang gelisah bahawa kopi ini telah dijadikan oleh Ahli shofwah (orang orang yang bersih hatinya) sebagai pengundang akan datangnya cahaya dan rahsia Tuhan, penghapus kesusahan. Para ulama berbeza pendapat akan kehalalannya, namun alhasil yang diunggulkan oleh Ibnu Hajar dalam kitab Syarhul Ubab setelah penjelasan bahawa asal usul kopi di awal abad kesepuluh hijriyah memandang dari Qaedah ‘bagi perantara menjadi hukum tujuannya’ maka selama kopi ini dimasak untuk kebaikan maka mendapat kebaikannya begitu juga sebaliknya, maka fahami asalnya.”
القهوة كالحب؛ قليل منه لا يروى، و كثير منه لا يشبع
“Kopi itu bagaikan Cinta Sedikit sahaja tidak akan menyegarkan, Sedangkan banyaknya tidak akan mengenyangkan”.
“Kopi menghilangkan mengantuk, melepaskan fikiran yang berhamburan, mengikhlaskan pahit yang tak terungkapkan”.
Sebagai satu komuniti sosial yang koheren, sekitaran pondok menuntut ilmu adalah satu komuniti yang tidak boleh dilepaskan dari budaya kumpulan-kumpulan, perbincangan , dan tentu saja minum kopi. Golongan pelajar/ santri amat menyedari bahawa kopi adalah satu entiti yang tidak boleh dilepaskan dari rutin keseharian mereka.
Santri/pelajar 2,
sehari-hari sedikit ataupun banyak pasti menyentuh perbahasan akan ilmu-ilmu agama; Fikih, Tasawuf, Tafsir, Hadits, rutin hafalan adalah aktiviti sehari-hari. Kerana keterkaitan yang begitu erat dengan kajian agama, terutama kajian turats- maka minum kopi, ternyata juga menjadi item yang dikupas dari berbagai aspeknya.
Berbagai literatur kitab di pesantren/pondok telah sedikit sebanyak membahas seluk beluk kopi; mulai dari hukum, manfaat dan efek positif-nya bagi para peminum-nya
Kaedah Kecerdasan terkait minuman dalam kitab ta’lim mutaallim ialah;
و كل ما يقلّل البلغم و الرطوبات يزيد في الحفظ، و كل ما يزيد في البلغم يورث النسيان.
“Setiap sesuatu yang boleh mengurangi lendir kahak dan mengurangi kadar air yang berlebihan pada tubuh; Maka akan berdampak pada kuatnya hafalan. Sedangkan sesuatu yang memperbanyak lendir kahak akan membuat orang jadi pelupa”.
Berpijak dari kaedah diatas, maka minuman yang mampu meningkatkan kecerdasan otak adalah kopi. Hal ini berdasarkan pendapat Imam as-Subki yang berkata;
قال أحمد علي السبكي: و أما منافعها يعني القهوة تقريبا، فالنشاط للعبادة و الأشغال المهمّة و هضم الطعام و تحليل الرياح و القولنج و البلغم كثيرا.
Imam Ahmad bin Ali as-Subky berkata: “Manfaatnya kopi iaitu kira-kira untuk membuat semangat ibadah dan pekerjaan penting, juga untuk menghancurkan makanan, agar tidak masuk angin pun juga berkhasiat mengurangi lendir kahak yang berlebihan”.
SantriUntukNegri
ESMARI M.RABI